SAYA AMBIVERT | I AM AN AMBIVERT
Assalamualaikum, Hai, Vanakem dan Ni Hao๐ฒ๐พ❤️
Selamat datang ke ekinview Blog.
Tajuk Ekin kalini ialah jenis personaliti atau kepribadian saya.
Terdapat tiga jenis kepribadian iaitu Ekstrovert, Introvert dan Ambivert.
Masing- masing mempunyai ciri yang berbeza seperti Ekstrovert ialah ciri seorang yang suka bersosial dan Introvert pula ciri seseorang yang pendiam dan suka menyendiri.
Bagaimana pula dengan Ambivert? Saya baru tahu Ambivert ni salah satu kepribadian manusia!
Ya, ramai yang tak tahu selain Ekstrovert dan Introvert, terdapat juga kepribadian istimewa iaitu Ambivert yang bermaksud kepribadian gabungan antara Ekstrovert dan Introvert. Unik kan?
Ambivert merupakan kepribadian manusia yang cenderung tiada masalah untuk bersosial dengan orang lain tapi disisi lain mereka juga suka menyendiri daripada berteman.
Terbukti yang Ekin ni juga dalam golongan Ambivert dimana Ekin tahu yang diri Ekin ni seseorang yang:
1. Tak suka berjumpa dengan orang baru ditempat baru.
Ekin jarang sangat dapat kawan baru melainkan terpaksa meletakkan diri dalam situasi ramai atau berkumpulan dengan orang baru. Bila Ekin berada dalam berkumpulan, Ekin akan mulakan percakapan dahulu untuk menaikkan suasana. Tetapi bila nk berjumpa dengan mereka secara berduaan ditempat lain, Ekin akan mengelakkan diri dan lebih diam.
Ekin juga lebih suka pergi ke tempat yang selalu dan biasa pergi berbanding pergi ke tempat baru.
2. Mudah mengenali kepribadian orang lain.
Seperti yang dimaklumkan, Ambivert ini gabungan kepribadian daripada Ektrovert dan Introvert.
Jadi bila Ekin berada dalam golongan Ekstrovert, Ekin juga akan ikut bersosial dan mudah bergaul dengan mereka atau menjadi dalang kelucuan dalam kumpulan. Namun, apabila Ekin terjebak dalam kumpulan Introvert, Ekin juga boleh menjadi pendiam atau lebih rendah diri.
Hal ini sebab Ekin tahu untuk meletakkan perangai dalam situasi yang boleh memberikan keselesaan kepada orang lain./ Lebih memahami situasi .
3. Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
Apabila Ekin berada di tempat atau persekitaran yang baru, Ekin senang dan cepat je nak biasakan diri.
Contohnya, Ekin pernah bekerja di tempat baru dan mengambil masa beberapa hari saja nak sesuai dan letakkan diri dalam situasi bekerja dengan Bos dan Staf yang lain. Padahal, Ekin belum pernah ada pengalaman bekerja sebelum tu.
4. Boleh bekerja bekumpulan dan sendiri
Kalau kena bekerja secara berkumpulan, Ekin boleh mendengar dan berbincang dengan ahli kumpulan lain. Lebih banyak berinteraksi dan guide group. Tapi bila belajar bersendirian, Ekin juga boleh kawal diri dan lebih tenang. Kedua -dua cara tiada masalah untuk Ekin nak siapkan kerja. Tetapi Ekin lebih gemar bersendirian sebab kalau berkumpulan kerja Ekin jadi lambat siap.
5. Tidak selalu bising dan tidak selalu diam
Ada satu masa Ekin banyak bercakap dan ada satu masa Ekin berdiam. Contohnya , kalau di sekolah atau bersama kawan, Ekin banyak bercakap tetapi kalau di rumah Ekin sangat pendiam. ( Perangai ikut mood dan situasi ).
Kalau korang nak tahu, ada juga kepribadian Omnivert tetapi jarang sekali kepribadian ni ada pada manusia.
Ambivert more to Extrovert tetapi Omnivert more to Introvert. But we called it the same personality. Ambivert=Omnivert.
6. Suka/selalu menjadi ketua kumpulan
Ekin perasan yang selama ni Ekin banyak kali volunteer nak jadi ketua kumpulan. Kalau tak pun orang lain yang vote Ekin jadi ketua kumpulan. Kalau tak jadi ketua kumpulan pun Ekin yang tolong gerakkan group untuk buat kerja. Haha๐
tak tahu kenapa, tapi nilah sebabnya Ekin x suka bekerja berkumpulan, sebab taknak kerje siap lambat atau tergantung. Ekin pun selalu suruh menyuruh juga tapi bukannya membuli ye.
Ni saja point yang terlintas dalam fikiran Ekin untuk entry kalini. Sebab dah malam, mengantuk jadi tak boleh nak fikir banyak otak pun dah berat~ hehe๐
Haa kalau nak tahu ciri - ciri personaliti Ekstrovert, Introvert dan Ambivert lebih lanjut boleh baca disini ๐
Apa macam? Dah dapat ilmu sikit harini? ๐
Apa pula kepribadian korang? Ada yang sama macam Ekin tak? Kalau boleh bagitahu di ruangan komen, Ekin akan baca ๐
Itu sajalah untuk malam ini, Ekin nak tidur~ selamat malam ๐ด
Ulasan
Catat Ulasan