TIPS NAK KREDIT ATAU KEPUJIAN DALAM SPM | TIPS ON HOW TO GET CREDITS IN SPM [GROUP STUDY LAST MINUTE]
ASSALAMUALAIKUM, HAI, VANAKAM DAN NI HAO 🇲🇾♥️
Selamat datang ke ekinview Blog.
Post saya kalini akan bagikan sedikit tips tentang cara - cara nak dapatkan kredit dalam setiap matapelajaran SPM. Terutama kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran atau jenis 'STUDY LAST MINUTE'.
Sudah menjadi satu impian terhadap pelajar Malaysia untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun begitu, ada sebahagian pelajar yang sangat kecewa apabila tidak dapat keputusan cemerlang yang diinginkan.
"Helo adik - adik sekalian, walaupun tak dapat straight A's , korang masih boleh kejar impian korang dengan sambung belajar di Universiti atau institusi - institusi lain."
Kalau rasa diri tak mampu untuk dapatkan/target straight A's dalam SPM korang masih boleh target untuk dapatkan kepujian atau kredit. Tapi kalau korang rasa diri dah tak mampu sangat, jangan takde target langsung. Atleast korang tahu setakat mana yang korang mampu capai.
Ini ialah keputusan yang saya dapat waktu SPM dulu. Walaupun tak straight A's tapi saya dapat capai untuk target kredit dalam setiap mata pelajaran. Alhamdulillah masih ada Universiti tawarkan kursus untuk saya.
Jadi jangan paksa diri/stres nak dapatkan straight A's. Cabar diri setakat mana yang mampu.
1. TAHU KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DALAM BELAJAR
Setiap hari kita di kelas dan belajar pasti korang akan tahu mana cara yang membosankan atau mana cara yang best dalam belajar. Sesetengah orang lebih gemar
✓Menghafal
✓Membaca
✓Membuat latihan
✓Belajar dalam kumpulan
✓Belajar bersendirian
✓Membuat nota
Tetapi tak semua dapat kita buat! "kau manusia bukan robot!" Sejenis yang rileks/study last minute ni korang kene tahu ape yang korang mahir dan tak.
Contohnya macam saya, saya lebih mahir dalam membuat latihan, belajar bersendirian dan membuat nota. Membaca dan belajar berkumpulan memang OUT la sebab not my interest😣
So bila korang tahu apa yang korang mampu dan tak, teruskan buat mana yang mampu tu terutamanya bila study last minute nak exam. Maksud study last minute tu ialah belajar 1 bulan atau 4-1 minggu nak exam. Bukan esok exam malam baru nak study. Its a big no no no.
" Jangan buang masa nak membaca satu buku teks, - otak hang bukan memory card!" - cikgu Z
2. STUDY BAB MANA YANG DITEKANKAN SAHAJA/ BAB TARGET
Setiap cikgu pasti akan bagitahu kepada murid tentang topik yang mungkin akan keluar bila exam nanti. Kalau tak bagitahu pun, dia akan ajak korang buat revison dalam salah satu bab atau bagi hint. Ha kalau dapat cikgu macamtu korang kene bersyukur dan hargai tau haha. Lepastu janganlah bodoh sombong pula, -dah bagi betis korang tak nak ambil...
Jangan gatal tangan nak study topik lain, mana yang cikgu targetkan tu ikut sahaja dan banyakkan buat latihan pada bab tu. Boleh juga kalau nak targetkan sendiri topik yang korang rasa keluar exam nanti.
3. BIASAKAN DIRI DENGAN SOALAN DAN JAWAPAN
Dah tinggal beberapa minggu je lagi nak exam, sempat ke nak baca satu buku? Sempat ke nak menghafal?
Jawapannya TIDAK SEMPAT. Kalau sempat pon bukan sekejap korang ingat, beberapa jam korang akan lupa dan bukak balik buku untuk hafal kan haaaa. I know because I did it also haha. Tapi dah insaf hokay.
Letakkan diri korang dalam situasi exam time tengah study. Maksudnya banyakkan buat latihan latihan latihan! Ulang - ulang soalan yang sama.. lagi bagus korang buat soalan yang susah.
Bila dah jumpa soalan yang susah jangan pula korang termenung, tengok tingkap dan merenung ke luar jendelaa~ haaa buang masa!
Dapat soalan , tapi tak boleh jawab terus je rujuk pada jawapan, salin bulat-bulat. Its ok dengan syarat korang buat banyak kali sampai korang hafal.
Dan setiap soalan tu korang tulis nota - nota kecik kat tepi soalan tu tentang apa topik yang ditanya. Dengan cara ni, korang bolehlah buat latihan sambil menghafal isi penting kan?
Ini antara contoh latihan yang pernah Ekin buat. Ekin analisis soalan satu persatu dan tulis isi penting di setiap soalan. Lama - lama korang akan mudah hafal.
"Biar kertas latihan nampak semak daripada kosong!" - Cikgu A
4. BUAT JADUAL BELAJAR SENDIRI
Satu hari maksimum 2 mata pelajaran! Belajar 30 minit sekalipun dah memadai sebab bagi orang pemalas macam saya - lebih baik sehari buka buku daripada tak buka langsung.
Dalam seminggu tu korang kene banyakkan study subjek yang korang lemah berbanding subjek yang dah tahu boleh score.
Contoh: Korang lemah Matematik kemudian dalam seminggu tu 5 kali korang belajar matematik di rumah.
Jadi bila dah banyak buat latihan dan rasa boleh score subjek lemah, keputusan peperiksaan korang akan jadi seimbang lah. Takdelah subjek ni lulus tapi subjek lain gagal teruk pula.
5. TAWAKKAL
Haa antara cara paling popular bagi kalangan study last minute ni lah kan. Haha
Tapi sebelum korang tawakal, usaha dulu macam yang disebutkan diatas. Jangan takde angin takde ribut terus dah tawakal. Hadehhh. Rasa nak cubit telinga.
-
Rezeki akal dan fikiran masing - masing manusia berbeza. Ada yang bijak pandai dari kecil dan ada yang lemah.
Bagi yang lemah usahalah sebanyak mana yang mampu, jangan paksa diri. Kalau rasa rezeki dalam akademik kurang, pasti rezeki dalam kemahiran tu ada. Cuma kena buka mata dan KNOW YOURSELF.
Tips di atas ialah cara Ekin belajar sendiri yang sesuai je untuk orang yang suka study last minute macam Ekin ni hehe.
Korang bolehje share cara belajar korang yang unik di ruangan komen dibawah. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah tanya.
Untuk adik - adik yang akan ambil peperiksaan SPM bagi tahun ni dan tahun depan, silalah belajar daripada sekarang. Jangan harapkan ilmu daripada guru semata - mata. Mencari ilmu dengan cara sendiri adalah lebih afdal.
Sekian terima kasih😁
Ulasan
Catat Ulasan